Sholatlah Anda, sebelum Anda disholatkan orang lain dan Hisablah diri Anda, sebelum Anda dihisap di Yaumil Hisab...

Pesan kami

Sholatlah Anda, sebelum Anda disholatkan orang lain dan Hisablah diri Anda, sebelum Anda dihisap di Yaumil Hisab...

Amrullah Ibraim, S.Kom

Jumat, 25 Februari 2011

Cara berwudhu'

Pengertian Wudhu'
Wudhu adalah mensucikan diri dari segala hadast kecil sesuai dengan aturan syariat Islam.Dari segi bahasa, wudhu’ ialah nama bagi sesuatu perbuatan menggunakan air pada anggota-anggota tertentu. Dari segi syara‘, wudhu’ bermaksud membersihkan sesuatu yang tertentu dengan beberapa perbuatan yang tertentu yang dimulakan dengan niat, iaitu membasuh muka, membasuh kedua-dua belah tangan, menyapu kepala dan akhirnya membasuh kedua belah kaki dengan syarat-syarat dan rukun-rukun yang tertentu.

Hukum Wudhu'
Hukum wudhu’ adalah seperti berikut:
  1. Wajib atau fardhu, iaitu ketika hendak menunaikan ibadah seperti sholat, sama ada sholat fardhu atau sholat sunat, ketika hendak melakukan tawaf Ka‘bah sama ada tawaf fardhu atau sunat, ketika hendak menyentuh Al-Qur’an dan sebagainya.
  2. Sunat. Banyak perkara yang disunatkan berwudhu’, antaranya ialah untuk membaca atau mendengar bacaan Al-Qur’an, membaca atau mendengar bacaan hadith, membawa kitab tafsir, kitab hadith atau kitab fiqh, melakukan azan, duduk di dalam masjid, melakukan tawaf di ‘Arafah, melakukan sa‘i, menziarahi makam Rasulullah, ketika hendak tidur, mengusung jenazah, malah disunatkan sentiasa berada dalam keadaan berwudhu’ dan memperbaharui wudhu
Hikmah Wudhu'
Hikmah berwudhu’ ialah kerana anggota-anggota tersebut terdedah kepada kekotoran yang zahir seperti habuk, debu dan lain-lain serta banyak terdedah dengan dosa dan maksiat sama ada zahir atau batin.

Syarat-syarat Wudhu'
Terdapat dua syarat dalam wudhu’ iaitu syarat wajib dan syarat sah.
  1. Syarat Wajib Wudhu’ Yaitu : Islam. Baligh. Berakal. Mampu menggunakan air yang suci dan mencukupi. Berlakunya hadats.  Suci daripada haidh dan nifas.Kesempitan waktu. Wudhu’ tidak diwajibkan ketika waktu yang panjang tetapi diwajibkan ketika kesempitan waktu.
  2. Syarat Sah Wudhu’ yaitu : Meratakan air yang suci ke atas kulit, iaitu perbuatan meratakan air pada seluruh anggota yang dibasuh hingga tiada bahagian yang tertinggal. Menghilangkan apa sahaja yang menghalang sampainya air ke anggota wudhu’.  Tidak terdapat perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu’ seperti darah haidh, nifas, air kencing dan seumpamanya. Masuk waktu sholat bagi orang yang berterusan dalam keadaan hadath seperti orang yang menghidap kencing tidak lawas.
Syarat wudhu’ mengikut ulama’ mazhab Syafi‘i, yaitu:
Islam. Mumayyiz. Suci daripada haidh dan nifas. Bersih daripada apa sahaja yang boleh menghalang sampainya air ke kulit. Mengetahui kefardhuan wudhu’.  Tidak menganggap sesuatu yang fardhu di dalam wudhu’ sebagai sunat. Menghilangkan najis ‘aini yang terdapat pada badan dan pakaian orang yang berwudhu’. Tidak terdapat pada anggota wudhu’ bahan yang mengubahkan air. Tidak mengaitkan (ta‘liq) niat berwudhu’ dengan sesuatu. Mengalirkan air ke atas anggota wudhu’. Masuk waktu sholat bagi orang yang berhadath berterusan. Muwalat, iaitu berturutan.

Sunat Wudhu
Perkara sunat ketika berwudhu’ adalah sangat banyak, di antaranya ialah:
Membaca “basmalah” iaitu lafazMembasuh dua tapak tangan hingga pergelangan tangan. Berkumur-kumur. Memasukkan air ke dalam hidung. Menyapu seluruh kepala.Menyapu dua telinga. Menyelati janggut yang tebal. Mendahulukan anggota yang kanan daripada yang kiri.  Menyelati celah-celah anak jari tangan dan kaki. Melebihkan basuhan tangan dan kaki dari had yang wajib. Mengulangi perbuatan itu sebanyak tiga kali. Berturut-turut iaitu tidak berselang dengan perceraian yang lama di antara satu anggota dengan anggota yang lain yang menyebabkan anggota itu kering. Menggosok anggota wudhu’ supaya lebih bersih. Bersugi dengan sesuatu yang kesat. Menghadap qiblat. 

Tata Cara Wudhu
  1. Berniatlah untuk berwudhu` dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah.  Membaca "Bismillah hirrahman nirrahim" Niat Wudhu: Nawaitu wudhuu-a lirof'il hadatsil asghori fardhol lillahi ta'aalaa.
  2. Membasuh mukamengalirkan air serta meratakannya keseluruh muka yang dibasuh itu, dari dahi sampai ke dagu (jika ada janggut hendaklah diratakan seluruhnya) dan dari telinga kanan hingga ke telinga kiri 3 kali.Membasuh muka disyaratkan dari atas ke bawah.
  3. Membasuh kedua tangan, dimulai dari siku hingga sampai kedua hujung jari. Dimulakan dari tangan kanan dahulu diikuti tangan kiri, lakukan sebanyak 3 kali.Cara membasuh tangan kanan yaitu ambillah air dengan tangan kiri lalu basuhlah tangan kanan dimulai dari siku-siku hingga ujung jari-jari dan membasuh tangan kiri dengan tangan kanan dan basuhlah tangan kiri dari siku-siku hingga ujung jari-jari.
  4. Mengusap kepalamerata menyapu kepala dengan air sekurang-kurangnya tiga helai rambut dan yang lebih baik ialah menyapu seluruh kepala 3 kali.
  5. Mencusi telinga, dimulai mencuci telinga sebelah kanan 3 kali lalu kemudian telinga sebelah kiri 3 kali.
  6. Membasuh kaki, dengan cara mengalirkan dan ratakan air kepada dua kaki serta celah-celah jari kaki tumit hingga bukulali atau matakaki, mulakan kaki sebelah kanan dahulu   kali, lalu kemudian sebelah kiri 3 kali.
Doa sesudah berwudhu'
Asyhadu an laa ilaaha illallaahu wahdahuu laa syariika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuuluh. Allaahummaj’alnii minat-tawwaabiin, waj’alnii minal mutathahiriin, waj’alnii min ‘ibaadikash-shaalihiin.

Yaitu: artinya : “Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu hambaNya dan RasulNya. Wahai Tuhanku, jadikan aku dari golongan orang-orang yang bertaubat dan jadikan aku dari golongan orang-orang yang bersih.”

Membatalkan Wudhu
  1. Mengeluarkan suatu zat dari qubul (kemaluan) dan dubur (anus). Misalnya buang air kecil, air besar, buang angin/kentut dan lain sebagainya.
  2. Kehilangan kesadaran baik karena pingsan, ayan, kesurupan, gila, mabuk, dan lain-lain.
  3. Bersentuhan dengan lawan jenis yang bukan muhrimnya tanpa tutup.
  4. Tidur dengan nyenyak, kecuali tidur mikro (micro sleep) sambil duduk tanpa berubah kedudukan.

0 komentar:

Posting Komentar